One To Watch: Tommy Ingberg

Jurugambar kelahiran Sweden ini tampil dengan imej sureal yang mengagumkan. Tommy Ingberg telah mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi karya beliau yang beliau maksudkan sebagai “untuk menzahirkan sesebuah perasaan atau pemikiran, menzahirkan tanpa sedar dengan gambar.”

Karya beliau telah diterbitkan di beberapa penerbitan dan telah memenangi pebagai anugerah termasuk International Photography Awards Prix De La Photographie Paris dan Sony World Photography Awards. Beliau juga memenangi anugerah prestij Lumen Prize pada tahun 2012.

(via Saatchi Online)

Olympus OMD E-M10?

Akhir tahun lepas Olympus hadir dengan OMD E-M1, baru-baru ini timbul pula khabar angin dan imej OMD E-M10 oleh 43 Rumors.

Turut serta adalah beberapa lensa seperti 25mm F1.8 dan inovasi lensa  ’fisheye’ 9mm F8.

Ciri-ciri yang dikhabarkan:

- 16MP sensor (sam a seperti E-M5 tanpa PDAF)
- True Pic VII processor (sama seperti E-M1)
- Rekaan yang kecil
- Binaan flash dalaman
- 3 axis stabilization
- hadir dengan lens kit zum kompak

 

30 Jurugambar Paling Berpengaruh Asia 2014 oleh IPA

Semalam Invincible Photographer Asia atau IPA telah mengeluarkan senarai 30 jurugambar yang dikira paling berpengaruh yang dinilai daripada beberapa aspek seperti kerya mereka, pendekatan fotografi, sumbangan dan pengaruh terhadap komuniti, dalam dan luar negara.

Pemilihan dibuat oleh komuniti Invincible Photographer Asia sendiri dalam memberikan penghormatan kepada jurugambar-jurugambar yang memberi sumbangan kepada dunia fotografi. Selama mereka berkarya.

Tidak ketinggalan jurugambar tempatan Che Ahmad Azhar yang terkenal dengan siri ‘The Walk of Life’ yang merupakan sebuah siri foto dokumentari mengenai kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur. Tahniah buat beliau dan tahniah buat jurugambar-jurugambar yang disenaraikan, samada masih hidup atau yang sudah tiada.

Terima kasih buat IPA atas penyenaraian rujukan 30 Most Influential Photographers in Asia, klik untuk maklumat penuh.

Latest News & Updates